Sukan

Tanpa beliau tidak menjadi masalah jumpa JDT

Jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, enggan menjadikan ketiadaan Daniel Ting sebagai masalah besar untuk menghadapi aksi Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) 26 Februari ini termasuk cabaran awal dalam Liga Malaysia 2022.

Sebaliknya pengendali dari Croatia itu fokus mempersiapkan pasukannya bersandarkan barisan pemain sedia ada untuk menggantikan Daniel di posisi pertahanan kiri.

Membabitkan dua pemain baru iaitu Declan Lambert dan Nabil Hakim Bokhari, Bojan percaya kedua-dua pemain itu mampu membentuk kombinasi ampuh di benteng akhir The City Boys.

“Kami mendapatkan khidmat Nabil kerana dia merupakan pemain yang menggunakan kaki kiri kerana musim lalu hanya Daniel yang memiliki kualiti yang sama. Kami juga mendapatkan khidmat Declan yang boleh bermain dalam banyak posisi,” kata Bojan.

Daniel muncul satu-satunya pemain yang belum melapor diri bersama KL city setakat ini.

sumber:- SA

Pemain kacukan Malaysia-England itu berdepan situasi rumit untuk pulang ke Malaysia atas faktor peribadi sekaligus berkemungkinan kontraknya ditamatkan lebih awal menerusi persetujuan bersama.