Sukan

Pemain JDT turut ditimpa nasib sama

Malang berganda menimpa skuad bawah 23 tahun negara (B-23) selepas seorang lagi pemain, Shafi Azswad Sapari terpaksa ‘direhatkan’ apabila didapati p0sitif C0VID-19 sejurus tiba di Kemboja.

Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDTII) itu yang dipanggil bagi menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang positif C0VID-19 menerima nasib sama sekali gus menyaksikan skuad negara kehilangan khidmat dua pemain itu bagi Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Situasi itu menyaksikan pengendalinya, Brad Maloney memiliki 27 pemain untuk diturunkan, namun dia optimis pemain yang ada ketika ini cukup untuk menggalas tugas bagi mengharungi kejohanan terbabit.

Dia (Shafi) meninggalkan Kuala Lumpur secara negatif tetapi di Kemboja, dia didapati positif, jadi dia terus dibawa ke fasiliti kuarant!n. Fahmi pula berada dalam keadaan yang baik dan tiada simptom selain berada dalam semangat yang tinggi.

“Sudah tentu ia sesuatu yang mengecewakan apabila kita tidak dapat menggunakan khidmat mereka. Jumlah pemain dalam skuad pun berkurangan tetapi kita perlu hadapi situasi ini,” kata Maloney.

Sekalipun berdepan situasi terbabit, Maloney mengesahkan tiada pemain baharu yang akan dipanggil sekalipun mereka terpaksa melupakan khidmat dua pemain yang positif C0VID-19 itu.

Saya berpandangan sudah terlalu lambat (panggil pemain baharu) kerana esok adalah perlawanan pertama dan urusan pendaftaran sudah diselesaikan semalam.

sumber:- BH

“Secara realistik dan atas faktor logistik, ia agak sukar, jadi kita akan meneruskan kerja dengan pemain yang kita ada dalam skuad ketika ini,” katanya.