Sukan

Tetap tidak goyang meskipun ramai pemain baru masuk

Kemasukan ramai pemain baharu memperkasakan Sri Pahang FC bagi musim 2022 tidak membuatkan Muhd Baqiuddin Shamsudin goyang, sebaliknya dia sedia berjuang untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama.

Selepas mengharungi musim 2021 yang agak memberangsangkan apabila tampil dalam 27 perlawanan dan mel3dak dua gol, dia jelas mahu momentum itu dapat diteruskan.

Namun, kehadiran jurulatih baharu, Christophe Gamel mencetuskan satu lagi cabaran berbeza yang perlu dilalui pemain berusia 28 tahun itu dalam usaha memikat hati pengendali dari Perancis terbabit.

Persaingan memang sengit kerana pasukan pun membawa masuk ramai pemain baharu. Jadi ini adalah pasukan yang sangat berbeza berbanding musim lalu di mana kami ada ramai pemain berkualiti di setiap posisi.

Walaupun di posisi saya iaitu sayap kiri terdiri dari ramai pemain tempatan, mereka juga pasti mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Sudah pasti jurulatih baharu akan menilai kemampuan semua pemain dalam pasukan dalam tempoh pra musim dan saya perlu bersungguh-sungguh jika mahu menambat hatinya,” katanya.

Sebagai rekod, skuad Tok Gajah merekrut beberapa pemain import baharu seperti penjaga gol, Mamadou Samassa; pertahanan, Johan Martial dan pemain di bahagian serangan iaitu Mahmoud Za’tara dan Billy Ketkeophomphone.

sumber:- BH

Selain itu, mereka turut mendapatkan khidmat beberapa pemain tempatan antaranya Fandi Othman, Faizal Arif, David Rowley dan Azwan Aripin selain Lee Tuck serta Sergio Aguero.