Jurulatih skuad B23 negara, Brad Maloney, menganggap Myanmar sebagai pasukan misteri menjelang pertemuan kedua-dua pasukan bagi aksi pertama Kumpulan B Kejohanan AFF B23 di Kemboja.
Rakan sejawatnya, Velizar Popov, pula menyifatkan Malaysia sebagai pilihan sambil menyifatkan kejohanan berkenaan sebagai latihan susulan kepincangan yang dialami pasukannya ketika ini.
“Kami akan cuba menampilkan beberapa muka baru bagi saingan antarabangsa dan ia amat penting bagi mereka untuk meraih pengalaman dalam kejohanan kali ini,” kata Maloney.
Skuad muda negara perlu mengelak keciriran mata berdepan Myanmar kerana saingan Kumpulan B membabitkan tiga pasukan susulan Indonesia menarik diri daripada kempen kali ini.
Ini bermakna, hanya tiga mata penuh pada perlawanan pertama Selasa depan mampu mencerahkan peluang awal anak buah Maloney ke peringkat separuh akhir.
sumber:- SA
Sementara itu, Popov yang juga bekas jurulatih Kelantan mendedahkan kunjungan pasukannya ke Kemboja tempang tanpa beberapa pemain utama atas faktor tertentu.