Sukan

Terima Kasih kerana sudi terima saya — Mat Yo

Striker baharu Melaka United (MU), Norshahrul Idlan Talaha mengakui rindu untuk mendapat trofi selepas kali terakhir merasai kejuaraan dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2018.

Pengg3mpur yang bertukar haluan daripada Sarawak United bagi musim 2022 itu menyifatkan masih belum terlambat untuk merasai trofi di pentas Liga Super sekalipun usianya sudah mencecah 36 tahun.

Kejayaan terakhir yang diraihnya ketika beraksi dengan Pahang yang dinobatkan selaku juara Piala FA 2018 sebelum mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai Thai League 1 bagi musim 2020/2021 ketika bersama BG Pathum United.

Namun, bekas pemain Kelantan ini juga tidak menolak akan memberikan sehabis baik untuk membantu skuad Hang Tuah bagi menghadirkan pertarungan sengit pada musim ini.

Terima kasih kepada pengurusan MU kerana sudi menerima saya dan masih percaya akan kemampuan untuk menjadi menjadi sebahagian daripada pasukan ini serta kepada keluarga kerana merestui penghijrahan saya.

Tetapi setiap kali saya berhijrah, orang akan sering bertanya apakah sasaran saya dan sudah pasti dengan usia saya 36 tahun sekarang, saya sebenarnya mendahagakan sesuatu piala untuk dimenangi.

“Cuma saya tahu dalam bola sepak, kita bermain sebagai satu pasukan dan bersatu antara satu sama lain adalah lebih penting untuk kami semua mencapai kejayaan cemerlang nanti,” katanya.

sumber:- BH

Sebagai rekod, Norshahrul yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Mat Yo’ itu berjaya menjaringkan empat gol bersama skuad The Crocs selain mencatat 16 penampilan di pentas Liga Perdana 2021.