Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kehilangan khidmat seorang pemain selepas tiba di Phnom Penh, Kemboja bagi menyertai Kejuaraan B-23 AFF, susulan positif C0VID-19.

Perkembangan itu disahkan pengendali skuad B-23, Brad Maloney menerusi sidang media secara maya, sebentar tadi.

Sejurus tiba, pasukan menjalani ujian calitan seperti ditetapkan protokol dan seorang pemain kita disahkan positif C0VID-19 menerusi ujian yang dijalankan pagi tadi.

“Pasukan perubatan sudah mengendalikan perkara ini dan kita akan terus mematuhi protokol yang ditetapkan. Pemain itu dibawa ke kemudahan perubatan untuk menjalani pengas!ngan dan dia akan kekal di sana,” katanya dari Phnom Penh.

Sebagai rekod, skuad B-23 akan berentap dengan dua pasukan sahaja dalam Kumpulan B selepas juara bertahan, Indonesia menarik diri susulan tujuh pemain dan seorang pegawai pasukan mereka disahkan positif C0VID-19.

Malaysia akan membuka tirai berdepan Myanmar pada Selasa ini sebelum aksi kedua men3ntang Laos pada Jumaat.

Empat pasukan akan berentap di separuh akhir pada 24 Februari sementara final dijadual berlangsung pada 26 Februari.

sumber:- BH

Kumpulan A menampilkan tuan rumah Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei manakala Kumpulan C turut dibarisi tiga pasukan iaitu Thailand, Vietnam dan Singapura.