Sukan

Teka – Teki Cheng Hoe kembali ke Kedah akhirnya terjawab

Kedah Darul Aman (KDA) FC menafikan skuad itu mendapatkan khidmat bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sebagai pengarah teknikal mereka.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali menjelaskan sp3kulasi yang tersebar di media sosial sebelum ini hanya sekadar khabar angin biasa.

Katanya, buat masa ini pengurusan kelab itu juga tidak menawarkan apa-apa jawatan kepada Cheng Hoe yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama skuad Sang Kenari pada 2016.

Setakat sekarang ini, perkara itu hanya khabar angin sahaja dan Tan Cheng Hoe pun sahabat baik saya. Jadi sekarang ini masa untuk dia berehat, mungkin tahun depan kita tak tahu perancangan macam mana.
Pasukan Kedah sendiri pun, perjalanan 2022 ini sukar. Jadi kita kena tengok pencapaian kita juga, untuk waktu sekarang ini Tan Cheng Hoe bebas, tak terbabit apa dengan kita lagi.

“Kita tak ada apa tawaran sebab semua tempat sudah cukup, buat masa ini tiada apa,” katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan penaja dan rakan rasmi KDA FC musim 2022 di sini, hari ini.

Sementara itu, Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menegaskan pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan isu tunggakan yang dialami pasukan itu dalam musim sebelum ini tidak akan berulang.

Insya-Allah ini komitmen kita dan kita banyak mempelajari daripada kes-kes yang lepas. Datuk Seri (Muhammad Sanusi Md Nor) sebagai Menteri Besar juga banyak menolong kami musim lalu.

sumber:- BH

“Tahun ini kita akan pastikan isu yang berlaku itu tidak akan berulang sebab kita tahu motivasi pemain terkait dengan gaji dan juga bonus,” katanya.