Sukan

Pemain dari Selangor FC sah sertai pasukan

Tembok pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara bertambah ampuh apabila empat pemain baharu dipanggil bagi memperkuatkan pasukan menjelang Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja yang akan membuka tirai pada Isnin ini.

Empat pemain terbabit ialah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar, kesemuanya dari Selangor FC sudah melapor diri semalam.

Menerusi satu kenyataan media, pengendali pasukan, Brad Maloney memanggil keempat-empat pemain itu sebelum pasukan bertolak ke Kemboja, Jumaat ini.

Jelas kenyataan itu lagi, empat pemain itu adalah tonggak utama skuad negara ketika muncul juara Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, Oktober lalu.

Di Kemboja nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen men3ntang Myanmar di Stadium Prince pada 15 Februari ini.

Anak buah Maloney kemudian akan bertemu Laos pada 18 Februari di venue sama sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi berdepan Indonesia di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.

sumber:- HM

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Februari.