Sukan

Kelantan United sedar kelemahan yang ada

Pengendali Kelantan United (KUFC), Syamsul Saad memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki jentera s3rangan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang akan bermula awal bulan depan.

Jurulatih kelahiran Perak itu berkata ini susulan kekalahan pasukan itu dalam dua perlawanan pramusim men3ntang Terengganu FC dan Terengganu FC II minggu lalu.

Kita lihat ada kelemahan di bahagian tersebut, striker memiliki peluang, namun gagal menjaringkan gol sekali gus mengundang kekecewaan kepada pasukan.

“Saya mahu kelemahan ini diatasi sebelum Liga M bermula, kerana jika pasukan terus berada dalam situasi ini ia tidak bagus walaupun pertahanan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Syamsul berkata dalam perlawanan bola sepak, pasukan tidak boleh terlalu bertahan tanpa menjaringkan gol, kerana taktikal itu akan membvnuh pasukan sekiranya pihak lawan mampu mer0bek benteng pertahanan dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Saya mahu barisan striker tidak ‘membuang’ peluang yang ada untuk menjaringkan gol, mereka perlu serius dalam perkara ini kerana semua pemain berusaha keras mencipta ruang dan peluang menjaringkan gol.

sumber:- BH

“Dari segi keputusan dua perlawanan itu, ia memang nampak tidak bagus kepada kami. Namun saya optimis tempoh yang ada ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan pasukan dan mencari kaedah sesuai untuk diterapkan bagi menghadapi saingan Liga-M musim ini,” katanya.