Sukan

Wan Rohaimi sedia pikul tanggungjawab

Kelebihan lima tahun di peringkat pembangunan menjadi taruhan ketua jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, seandainya dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Walaupun tidak meletakkan harapan besar, bekas pemain kebangsaan itu bersedia untuk memikul tugas sebagai pembantu Kim Pan-gon seandainya diberikan mandat untuk mengisi kekosongan itu.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, dia berkata: “Sebenarnya, kalau daripada segi pengalaman dengan pasukan senior, memang saya masih baru tetapi berdasarkan sejarah, saya pernah terlibat selama lima tahun dalam Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP).

Saya telah menjadi ketua jurulatih buat pemain di bawah usia 13, 14, 15 dan 16 tahun. Membawa pemain Malaysia ke luar negara merupakan pengalaman berharga buat saya yang tidak dapat dibeli dan tiada pada jurulatih-jurulatih lain.

Walaupun saya hanya jurulatih di peringkat umur bawahan, pengalaman membawa pemain kita ke luar negara, belajar budaya luar, merupakan pengalaman yang amat berharga buat saya.

Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang ke arah itu, jadi saya sentiasa bersedia untuk memikul tugas yang lebih besar.

sumber:- SA

“Tetapi apapaun, ia tertakluk kepada kontrak bersama majikan saya, PDRM FC, kerana saya juga mempunyai projek jangka panjang bersama PDRM FC,” katanya.