Sukan

Saya bukan nak ‘jilat’

“Saya bukan nak ‘jilat’ sesiapa, sebab komen saya berasas. Hanya orang yang bukak mata terbuka minda akan nampak perg0rbanan TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) ke dalam industri bola sepak tanah air.”

Demikian pandangan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang mengakui pelik apabila ada mendesak agar Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran krit!kannya ke atas badan induk itu.

Jelas Norizam atau lebih dikenali dengan Zamburger, teguran bekas Presiden FAM itu sebenarnya adalah demi kebaikan semua pihak terutamanya skuad Harimau Malaya yang gagal di Piala AFF di Singapura, Disember lalu.

Katanya, kenyataan Tunku Ismail itu harus diambil dari sudut positif bagi memastikan hala tuju bola sepak negara kembali di landasan sebenar.

Saya selaku ‘owner’ kelantan FC, saya nak pasukan saya maju. Saya sanggup terima kritikan asalkan ia konstruktif. Bagus TMJ komen sebab beliau sayang bola.

Kalau tak komen itu satu kerugian. Tidak kiralah beliau beli semua pemain dari kelab-kelab lain itu semua sebagai strategi memperkuatkan pasukan JDT hingga kini.

Tanpa TMJ tiada JDT, tanpa JDT tiada kemajuan dengan kelab-kelab lain yang nak bersaing dengan JDT. Kita dapat slot ACL (Liga Juara-Juara Asia) and Piala AFC lebih pun sebab JDT.

“Kalau nak gantung pun, fikir la betul-betul logik ke tak. Beliau Tunku Mahkota, kalau nak pergi stadium kat Johor tengok bola ada sesiapa berani nak tahan?,” katanya di Facebook rasmi miliknya semalam.

Sebelum ini bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menuntut FAM menjelaskan bagaimana beberapa statut berhubung Artikel 61, 82 dan 88 berfungsi terhadap pemilik kelab dalam saingan Liga M sekiranya didapati mengkritik badan induk itu.

Jelas Khalid, jika peraturan sama turut terpakai ke atas pemilik kelab ini bermakna Tunku Ismail juga perlu didakwa oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM seperti mana yang pernah dikenakan ke atas jurulatih ataupun pegawai pasukan.

Bagaimanapun, FAM menjawab persoalan itu apabila Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undangnya, Saaran Nadarajah menyatakan Tunku Ismail itu terlepas daripada sebarang tindakan kerana kritikannya membina dan tidak menghentam badan induk itu.

sumber:- HM

Begitupun, hasil tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata peminat dan penyokong bola sepak tempatan tidak berpuas hati dan menganggap FAM mengamalkan sikap pilih kasih dan takut mengenakan hukuman ke atas golongan ‘kayangan’ berbanding rakyat biasa.