Sukan

‘Saya boleh beli untuk FAM’

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendesak Persatuan Bolasepak Malaysia supaya menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) bagi meningkatkan mutu pengadilan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Malah, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menyatakan kesanggupannya untuk membeli VAR dahulu buat FAM sekiranya teknologi berkenaan terlalu mahal dan di luar kemampuan badan induk itu.

Beliau berkata, tahap bola sepak Malaysia dan keseluruhan proses penswastaan akan lebih berjaya sekiranya mutu pengadilan dalam liga tempatan berada pada tahap terbaik.

Kalau pengadil di tengah padang mengadili dua pasukan sedang bertanding, dia kena profesional. Sebab itu saya mencadangkan juga VAR, bagus benda itu, jadi apa-apa kita boleh rujuk kepada video.

Kalau negara Eropah sudah gunakan untuk sistem pengadilan, kenapa Malaysia tak pakai. Apa benda yang susah sangat? Apakah benda itu sangat mahal?

Jadi, saya sendiri, kalau mahal sangat tak apa, saya boleh sub, saya boleh beli sistem itu bagi kepada FAM dan mungkin saya boleh buat sedikit bisnes, ada sedikit untung.

“Pada saya kita kena pakai sistem itu supaya mutu pengadilan di Malaysia dipertingkatkan. Kalau mutu pengadilan bagus, saya rasa tiada masalah untuk tahap industri bola sepak Malaysia meningkat,” katanya dalam temubual di saluran YouTube, Harimau Malaya.

Sebelum ini, kos memasang VAR di satu stadium dilaporkan boleh mencecah AS$150,000 (RM627,000), dengan nilai sekitar RM7.5 juta untuk 12 stadium dalam saingan Liga Super sahaja, tidak termasuk untuk pasukan Liga Perdana.

Ulasan mengenai VAR dibuat Zamsaham selepas beliau ditanya adakah berkaitan penggantvngan jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya kerana mengkritik mutu pengadilan menjejaskan persiapan pasukan The Red Warriors (TRW).

Beliau turut menganggap semua pihak seharusnya berlapang dada untuk menerima kritikan yang boleh memajukan lagi mutu pengadilan dan bola sepak negara.

Saya harap komen saya ini tidak kena apa-apa kesan negatif kepada Kelantan FC sebab komen saya ini kritikan yang membina. Pada saya, saya kena bersedia untuk dikr!tik, walaupun kadang-kadang manusia ada satu sifat tak suka dikr!tik sebab setiap orang itu mungkin ada sifat ego mereka tersendiri.

Kadang-kadang kita kena berlapang dada dengan kritikan kerana kritikan itulah yang membina kita. Jadi, apa saya nak bagi tahu mengenai denda yang dikenakan ke atas jurulatih Rezal Zambery, terus terang saya rasa Rezal mengkr!tik mutu pengadilan yang tak bagus.

sumber:- BH
“Pada saya, FAM satu badan yang dihormati, jadi untuk badan yang dihormati saya rasa FAM perlu bertegas, perlu menyusun sepenuhnya bagaimana mutu pengadilan dijaga,” katanya.