Sukan

Ketua jurulatih baharu MU sasar Terbaik

Ketua jurulatih baharu Melaka United (MU) Risto Vidakovic mengakui amat teruja disenaraikan mengendali skuad terbabit.

Katanya, dia jelas bangga dengan pemilihan berkenaan kerana menyedari skuad terbabit antara pasukan yang terbaik di Liga Malaysia justeru dia mahu melakar kejayaan lebih besar bersama pasukan terbabit.

Bangga dan teruja kerana kini saya berada dalam sebahagian pasukan. Sebagai jurulatih saya dan pemain akan menjadikan pasukan yang terbaik dalam carta Liga Malaysia.

“Malah saya akan berusaha memenuhi sasaran pasukan berkenaan dan mengejar impian pasukan Melaka United. Salam pengenalan daripada saya buat semua penyokong,” katanya.

Dalam masa sama dia meluahkan keterujaan untuk melihat sokongan padu penyokong yang dianggap pemain ke-12 buat pasukan berkenaan.

Beliau berkata, dia mengetahui Melaka antara pasukan yang mendapat sokongan padu penyokong, justeru dia amat teruja untuk merasai sokongan di atas padang kelak.

Menurutnya, apa yang diharapkan dia dan barisan pemain bakal mencipta keserasian yang baik musim ini sekali gus mencatat kejayaan besar buat pasukan.

Beliau kini sedang menjalani kuarant!n kendiri di ibu negara dijangka menyertai pasukan pada minggu hadapan.

Skuad Hijau Putih kini menjalani latihan dikendalikan penolong jurulatih Mohd Asri Ninggal, Nazrolerwan Makmor dan jurulatih penjaga gol, Azlisham Ibrahim.

sumber:- HM

Pelantikan Vidakovic menggantikan Zainal Abidin Hassan yang tidak disambung kontrak musim ini walaupun membawa skuad Hang Tuah ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.