Sukan

Kalau mereka bagus tidak kesini

Pemain import baharu yang diikat beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) disifatkan hanya bertaraf ‘biasa-biasa’ sekali pun pernah beraksi dengan pasukan ternama dan berpengalaman di liga luar.

Namun, ejen berpengalaman, Effendi Jagan Abdullah melihat kemasukan pemain import baharu itu boleh diterima selepas mengambil kira kualiti Liga M dengan kedudukan kewangan pasukan yang bertanding.

Perpindahan berprofil tinggi kalau contoh daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kita terus bawa dia masuk ke Liga Super. Tetapi boleh tahanlah (pemain yang masuk) .

Kalau ada yang boleh kita katakan menyerlah sedikit pun, mungkin Fernando Forestieri (ke Johor Darul Ta’zim) tetapi yang lain, pada pandangan saya, semuanya biasa-biasa.

Kalau mereka bagus sangat dan berprofil tinggi, mereka tidak akan datang ke sini. Bukan saya mahu jatuhkan liga kita tetapi kita kena terima hakikat sebegini.

“Apapun, kita tunggu bagaimana prestasi mereka selepas enam bulan untuk lihat sama ada wajar ataupun tidak mereka dilabel perpindahan berprofil tinggi,” katanya kepada BH Sukan.

Dalam masa sama, Effendi yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd berpendapat faktor gaji bukanlah punca utama ramai pemain import tertarik untuk mendapatkan cabaran baharu di negara ini.

Ini kerana gaji yang ditawarkan oleh pasukan untuk mendapatkan khidmat mereka ‘dip0tong’ terlalu jauh berbanding gaji yang pernah dinikmati mereka khususnya sebelum pand3mik C0VID-19.

“Nak kata mereka datang sebab gaji pun tidak juga kerana kebanyakan mereka pun tidak menerima gaji yang tinggi seperti sebelum ini.

sumber:- BH

“Sebagai contoh sebelum C0VID-19, gaji pemain ada yang sampai AS$30,000 (RM125,000) tetapi sekarang, gaji pemain import sekitar AS$8,000 (RM33,400) ke AS$15,000 (RM62,600) sahaja,” katanya.