Sukan

Pemain Congo sah Import terbaharu pasukan

KL City akhirnya melengkapkan kuota pemain import dengan ketibaan pemain tengah Kévin Koubemba yang sudah pun memulakan latihan Ahad lalu.

Seiring dengan kegusaran Bojan Hodak sepanjang musim 2021, kehadiran pemain kelahiran Congo itu dijangka mampu menyempurnakan jentera s3rangan, bersama kecemerlangan Romel Morales.

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, mendapatkan kupasan lanjut daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard.

Kami berusaha mencari pemain yang mampu bergandingan bersama Romel, jadi kami telah mendapatkan khidmat pemain yang bersifat striker serta mampu beraksi di bahagian sayap, katanya.

Kami menandatangani Kevin memiliki kekuatan fizikal dan ia dipamerkan ketika beraksi di Albania. Perwatakan yang dipamerkan sepanjang beraksi meyakinkan Bojan Hodak untuk membawa masuk ke dalam skuad KL City bagi musim 2022.

sumber:- SA

Bagi yang tertanya-tanya siapakah Kevin Koubemba, pemain berusia 29 tahun dari Congo itu bermain di posisi striker dan pernah mewakili kelab di Perancis, Lille. Juga pernah melebarkan sayapnya di Liga Albania bersama Teuta Durres.