Sukan

TMJ sindir baik punya

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mencetak baju-T yang memaparkan lakaran dan tulisan ‘#Tangan Ghaib’

Beliau yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan perkara itu pada ruangan InstaStory akaun Instagram miliknya, malam tadi.

“Baju-T baharu saya dicetak esok. Siapa nak DM. Boleh didapati di JDT Online Store tidak lama lagi! Nantikan,” tulis TMJ pada ruangan InstaStory beserta gambar lakaran baju-T berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu benar-benar akan dilakukan atau sekadar gurauan daripada TMJ yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun, ia dipercayai berpunca daripada segelintir pihak yang membuat sp3kulasi dengan mengaitkan beliau sebagai tangan ghaib dalam FAM dan pasukan kebangsaan terutama selepas kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2020.

Sebelum ini, dalam satu temu bual, TMJ menafikan beliau tangah ghaib yang dimaksudkan sesetengah pihak sambil menganggap spekulasi itu dibuat oleh individu tertentu sebagai alasan untuk melepaskan diri masing-masing.

“Isu tangan ghaib ini lebih kepada ada beberapa pihak yang mahu lepaskan tangan atau selamatkan kepala masing-masing. Kegagalan perancangan, kegagalan jurulatih untuk ada hubungan yang telus dengan media dan penyokong.

“Ini semua ada tangan ghaib, senang sahaja, saya sebagai kambing hitam sedangkan saya tiada kaitan pun dengan benda ini. Mungkin mahu selamatkan diri masing-masing, jadi mainkan persepsi seolah-olah TMJ kawal segala-galanya.

Kalau nak katakan (JDT enggan lepaskan pemain), berapa ramai pemain JDT ke Jordan. Kesebelasan utama dan juga pemain simpanan kerana saya sentiasa menolong skuad kebangsaan. Kita ada persefahaman dengan semua pasukan dalam negara untuk bantu skuad kebangsaan.

sumber:- BH

“Sebab itulah saya katakan jurulatih dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kena lebih telus kerana kalau tidak, akan keluar persepsi macam macam orang kata saya kawal semuanya,” kata Tunku Ismail.