Sukan

Saya sanggup jadi orang pertama

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Syed Yazid Syed Omar akan terus berdiri teguh di belakang Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan percaya ‘orang nombor satu’ dalam bola sepak negara itu adalah individu layak dan tepat memimpin FAM.

Syed yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) berkata, Hamidin tidak boleh meninggalkan badan induk itu yang masih memerlukan kepimpinannya untuk mencorak perubahan kepada bola sepak negara.

Dulu saya mungkin tidak sehaluan dengan Presiden dan ketika pemilihan Kongres FAM sebelum ini juga, saya bukanlah daripada barisan pilihannya tetapi saya berjaya menang untuk berada dalam Exco.

Terus terang dan jujur dari hati ini, selepas saya bekerja di bawah kepimpinan Datuk Hamidin, beliau ketua sangat berdedikasi dan melaksanakan tanggungjawabnya selaku Presiden dengan baik sekali.

“Dari pagi sampai ke malam, saya lihat beliau tidak henti-henti bercakap mengenai bagaimana untuk naikkan bola sepak kita, meminta idea dan cadangan untuk dilaksanakan demi kebaikan pasukan dan seterusnya berbincang dalam mesyuarat Exco,” katanya.

Beliau berkata, tidak adil buat Hamidin berdepan krit!kan demi krit!kan yang tidak berasas.

Kalau ada pelvru, saya sanggup jadi orang pertama mempertahankannya kerana saya tahu Datuk Hamidin sudah berikan segala-galanya buat FAM dan pasukan kebangsaan.

“Jadi tidak sepatutnya Datuk Hamidin diasak untuk meletak jawatan, sebaliknya kita perlu beri sokongan dan dorongan untuknya melakukan perubahan agar di kejohanan lain kita bertambah baik,” katanya.

Syed Yazid adalah individu penting dalam kebangkitan bola sepak Kuala Lumpur di mana selain memegang jawatan Naib Presiden 1 KLFA, beliau juga ialah Ahli Lembaga Pengarah KLFC yang muncul juara Piala Malaysia musim lalu.