Mason Greenwood tidak akan berlatih bersama Manchester United “sehingga diberitahu kelak”, kata gergasi Liga Perdana itu hari ini.
United mengeluarkan kenyataan selepas polis mengesahkan akan menjalankan siasatan berikutan dakwaan bahawa striker England berusia 20 tahun itu didakwa terbabit dalam keg@nasan membabitkan seorang wanita.
Semalam, satu rakaman video, gambar dan audio dimuat naik di akaun Instagram wanita berkenaan bersama dakwaan pemain itu melakukan keg@nasan, namun ia sudah dipadam.
Menerusi kenyataan awalnya United berkata: Kami menyedari imej dan dakwaan yang tular di media sosial.
“Kami tidak akan membuat sebarang komen hingga mendapat fakta sebenar. Manchester United tidak akan bertolak ansur dalam sebarang bentuk keg@nasan.”
sumber:- BH
Namun menerusi kenyataan kedua dikeluarkan United selepas mendapat pengesahan status sebenar pemain itu, kelab di Old Trafford itu berkata: “Mason Greenwood tidak akan kembali berlatih atau bermain dalam perlawanan sehingga diberitahu kelak.” – AFP