Pertahanan sayap negara, Syahmi Safari, menganggap perpindahannya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada Selangor FC sebagai sesuatu yang sempurna.

Ia secara tidak langsung menggambarkan pasukan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu sebagai kelab terbesar di Malaysia.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Syahmi turut berkongsikan persaingan yang sedang dihadapinya bagi merebut posisi pertahanan kanan dalam skuad bimbingan Benjamin Mora itu.

Satu perkataan yang boleh saya cakap t3ntang JDT adalah sempurna. Hanya itulah yang boleh saya katakan.

“Semua sedia maklum yang JDT memang sempurna daripada segi fasiliti, pemain yang berada di sini, sikap profesional. Setiap pemain pasti mengimpikan untuk berada dalam pasukan JDT.

“Tiada sesiapa yang ‘meracvn’ saya untuk berada di sini tetapi ia (tawaran) memang daripada pasukan JDT sendiri.

Saya juga ada bertanya kepada rakan-rakan yang berada di sini dan rasanya, saya telah membuat keputusan terbaik untuk berada di sini.

“Saya sedar persaingan dalam pasukan JDT dan apabila saya diumumkan sebagai pemain JDT juga memang banyak k3caman negatif daripada ‘netizen’.

sumber:- SA

“Tetapi sesuatu yang saya boleh ambil daripada perkara itu adalah saya perlu keluar daripada zon selesa saya bersama Selangor untuk mencari cabaran yang lebih tinggi bagi meningkatkan prestasi saya,” katanya.