Sukan

Jangan nak putar belit

Jangan nak temberang, pasukan kewangan kami tahu berapa banyak yang kamu minta.

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak putar belit.”

Itu kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat bekas Pengarah Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim yang didakwa pernah meminta gaji sebanyak 70,000-80,000 euro atau sekitar RM330,000-380,000 sebulan untuk melatih pasukan pembangunan JDT.

Tunku Ismail mendedahkan perkara itu ketika ditemubual oleh sebuah stesen televisyen swasta di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam apabila ditanya adakah Teong Kim dilihat sebagai individu sesuai untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Namun, Tunku Ismail menjelaskan bekas jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Bayern Munich di Jerman itu dianggap tidak mempunyai pengalaman secukupnya melatih skuad senior disamping permintaan gaji yang terlalu mahal hingga mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.

Untuk sistem pembangunan boleh…tapi nak beri gaji berapa? Masa dia nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro sebulan dan nak bawa 2,3 orang pembantu. Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya pemain dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu.

“Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, saya dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20-RM30 ribu sebulan,” kata Tunku Ismail.

Malah ujarnya, apabila ditanya kepada Teong Kim mengapa permintaan gajinya terlalu mahal, bekas pemain negara era 80an itu percaya Tunku Ismail boleh menunaikannya kerana mampu membeli Lamborghini.

sumber:- HM

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak putar belit,” katanya.