Sukan

‘Tangan Ghaib’ untuk lepas tangan

Sp3kulasi ‘tangan ghaib’ yang dikatakan berada di sebalik tabir pengurusan skuad kebangsaan disifatkan sebagai satu alasan untuk menyelamatkan diri daripada bertanggungjawab atas kegagalan skuad kebangsaan pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

Itu pandangan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu temubual bersama ASTRO Arena yang diadakan di Dubai, hari ini.

Tegasnya, tiada isu tangan ghaib yang dikaitkan dengan keengganan JDT melepaskan pemainnya menyertai skuad Harimau Malaya memandangkan mereka sentiasa memenuhi permintaan untuk menyahut panggilan negara.

Isu tangan ghaib ini lebih kepada ada beberapa pihak yang mahu lepaskan tangan atau selamatkan kepala masing-masing. Kegagalan perancangan, kegagalan jurulatih untuk ada hubungan yang telus dengan media dan penyokong.

Ini semua ada tangan ghaib, (alasan) senang sahaja. Saya sebagai kambing hitam sedangkan saya tiada kaitan pun dengan benda ini. Mungkin mahu selamatkan diri masing-masing, jadi mainkan persepsi seolah-olah TMJ kawal segala-galanya.

Kalau nak katakan (JDT enggan lepaskan pemain), berapa ramai pemain JDT ke Jordan. Kesebelasan utama dan juga pemain simpanan kerana saya sentiasa menolong skuad kebangsaan. Kita ada persefahaman dengan semua pasukan dalam negara untuk bantu skuad kebangsaan.

“Sebab itulah, saya katakan jurulatih dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kena lebih telus kerana kalau tidak, akan keluar persepsi macam-macam orang kata saya kawal semuanya,” kata Tunku Ismail.

Mengulas mengenai beberapa pemain tonggak dari JDT yang ‘digugurkan’ daripada skuad Piala Suzuki AFF 2020, Tunku Ismail menganggap jurang komunikasi antara badan induk dengan media dan penyokong menyebabkan timbulnya persepsi yang buruk.

“FAM dan Tan Cheng Hoe kena lebih jelas kepada media mengenai panggilan pemain. Sebagai contoh, Matt Davies ada pemb3dahan hernia. Corbin Ong pun ada kece3eraan, Natxo perlu memeriksa jantvngnya selepas final dan kita hantar dia ke Barcelona.

sumber:- BH

“Syamer Kutty pun c3dera pangkal paha tetapi ada persepsi TMJ tidak mahu lepaskan pemain. Kalau saya tak lepaskan pemain, kenapa ada Arif Aiman? Dia pemain paling bernilai (MVP) saya,” katanya.