Pengalaman semusim beraksi bersama pasukan Melaka United (MU) menjadi tonik berharga buat pemain import baharu Terengganu FC (TFC), Manuel Ott untuk membantu skuad itu membvru kejuaraan musim ini.

Bagaimanapun pemain tengah berd@rah kacukan Jerman-Filipina itu menyerahkan kedudukannya kepada pengendali skuad itu memandangkan saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Penyu begitu sengit.

Selain pemain kebangsaan Filipina berusia 30 tahun itu, skuad bimbingan Nafuzi Zain juga memiliki arkitek kelahiran Bahrain, Habib Haroon selain ramai pemain tempatan berkualiti untuk menggerakkan jentera tengah pasukan.

Saya begitu gembira dapat mewakili TFC dengan keadaan fasiliti di sini, saya memandang kehadapan untuk liga musim ini. Jika ikutkan saya juga tidak sabar lagi untuk membantu pasukan, lagipun TFC ada sasaran besar pada musim ini, saya lihat tidak mustahil kami boleh lakukan sesuatu yang lebih positif.

Namun saya serahkan 100 peratus kepada barisan jurulatih, saya ada berbincang dan mereka memberi peluang kepada saya untuk mengenali para pemain dengan lebih dekat lagi.

Selain itu kini saya sedang mendalami corak permainan pasukan TFC, namun sejujurnya saya lihat TFC sebuah pasukan yang bagus dan sesuai dengan corak permainan saya.

“Saya harap dapat mencipta kejayaan bersama Terengganu pada musim ini memburu sekurang-kurangnya satu piala, tambahan pula pengalaman setahun bersama MU memberikan pengalaman yang berharga buat saya beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M),” kata Ott ketika ditemui selepas sesi latihan di Padang C, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, semalam.

Bekas pemain akademi TSV 1860 di Jerman itu menjadi watak penting kebangkitan MU musim lalu sesudah pasukan itu berjaya melangkah ke separuh akhir saingan Piala Malaysia selepas kali terakhir mara pada 1983.

Ott yang pernah beraksi dalam Liga Thailand bersama kelab Ratchaburi meledak enam gol bersama MU pada aksi Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu.

Saya lihat TFC mempunyai sistem pembangunan bola sepak yang bagus dan ramai pemain muda yang berbakat dan ianya amat bagus bagi saya.

sumber:- HM

“Saya harap dapat berikan yang terbaik untuk pasukan, lagipun saya selalu meletakkan harapan yang tinggi dan harap ianya dapat dicapai kerana boleh saya katakan bahawa pasukan TFC mempunyai kualiti bergelar juara,” katanya.