Gambar mesra pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemain baharu skuad Harimau Selatan, Syahmi Safari menarik perhatian netizen.
Gambar yang memaparkan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sedang berbicara sesuatu bersama bekas pertahanan Selangor itu dimuat naik di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.
Selepas dimuat naik jam 11.45 malam tadi, gambar yang diambil ketika sesi latihan JDT di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mendapat lebih 100 komen sehingga jam 3.30 petang ini.
Pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen di ruangan komen dan tidak ketinggalan juga ada yang bergurau dengan mencipta dialog sendiri berdasarkan gambar berkenaan.
Antara komen yang dibuat netizen termasuk pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Azri: “Kat selangor kau main bola, kat sini nanti kau main bunga api wakil JDT peringkat kebangsaan.”
Azmil Azali: “Doa dan harapan saya moga Syahmi Safari berjaya dan terus belajar dengan bolasepak ni yang tiada penghujungnya.
Mangsa F!tnah Misai: “Bertuah kau dik..dapat majikan yang selalu ambil berat semua orang..terbaik tunku.”
Harm Done: “Motivasi dari TMJ untuk Syahmi Safari supaya jangan ulangi kesilapan dan berubah jadi pemain yg disegani oleh Kim Pan Gon (jurulatih baharu Harimau Malaya).”
sumber:- HM
Syhami yang juga pemain skuad kebangsaan menjadi pemain tempatan terbaru menyertai JDT selepas bersama skuad senior Selangor sejak 2017.