Sukan

10 pemain tempatan kekal

Pasukan Melaka United FC (MUFC) mengekalkan 10 pemain tempatan skuad musim lalu bagi membawa cabaran skuad Hang Tuah dalam saingan Liga Malaysia 2022.

Pemain yang dikekalkan termasuk penjaga gol, Norazlan Razali, tiga pemain pertahanan iaitu Mohd Akmal Md Zahir, Wan Amirul Afiq Wan Abd Rahman dan Khairul Anwar Shahrudin.

Turut kekal membabitkan tiga pemain tengah iaitu Mohd Faris Shah Rosli, Hasbullah Abu Bakar dan Fakhrullah Rosli selain dua pemain sayap, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Talib serta Striker, Hazim Abu Zaid.

Semoga pemain-pemain sedia ada yang dikekalkan bakal membentuk gandingan terbaik bersama pemain-pemain baharu dalam membawa cabaran MU dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

“Selamat menyertai MU juga buat dua penjaga Gol baharu, Bryan See dan Ahmad Asyraaf Omar yang sah bakal menyertai Skuad Hang Tuah musim ini,” kata kenyataan kelab berkenaan.

Bryan, 28 yang menyertai Penang FC musim lalu memulakan karier di peringkat kolej di Amerika Syarikat bersama UC Irvine Anteaters dan Johns Hopkins Blue Jays sebelum beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Malah dia juga menyertai PKNP FC pada 2018 dan pernah beraksi di Thai League 3 bersama Bangkok FC pada 2019 sebelum menyertai PDRM FC dan Penang FC.

MUFC berkata, semoga dengan pengalaman yang dimiliki penjaga gol terbabit dia mampu memperkukuhkan benteng terakhir skuad berkenaan.

Sementara Ahmad Asyraaf, 27 juga berhijrah dari Penang FC berpengalaman sebagai penjaga gawang utama PKNP FC selama tiga musim dari 2016 hingga 2019.

aumber:- HM

Beliau kemudiannya menyertai KL Rovers FC dan Penang FC musim lalu juga diharap menyumbang kejayaan besar skuad berkenaan kali ini.