Sukan

Sah letak Jawatan

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bukan lagi pengurus pasukan kebangsaan.

Ia selepas badan induk itu menerima peletakkan daripada beliau sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya yang dipercayai dibuat atas kegagalan skuad negara di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Hamidin berkata pihaknya menunggu Pengarah Teknikal, Scott O’Donell bersama pasukannya untuk membuat penilaian terbaik atau menstruktur semula pengurusan dalam pasukan kebangsaan.

Datuk Yusoff telah berjumpa dengan saya dan nyatakan hasrat untuk letak jawatan dan kita sudah terima. Peletakan jawatan itu sebagai pengurus pasukan (Harimau Malaya).

Beliau ingin tumpukan kepada Liga Boalsepak Amatur (AFL) dan juga sebagai Timbalan Presiden FAM. Jadi ketika ini jawatan (pengurus pasukan) itu kosong.

“Apa pun mengenai pasukan kebangsaan, saya tunggu dari pengarah teknikal bersama pasukannya untuk siapkan proposal (cadangan) yang mungkin seminggu atau dua minggu lagi untuk disediakan untuk kita putuskan staf dalam pasukan itu,” katanya.

sumber:- BH

Mohd Yusoff yang juga Pengerusi AFL menjadi antara individu yang sebelum ini didesak oleh beberapa pihak terutama penyokong supaya meletakkan jawatan susulan kegagalan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020.