Sukan

Tiga bintang Sepanyol sah sertai JDT

Juara lapan kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas mengidamkan kejayaan berganda pada musim 2022 apabila menandatangani tiga pemain Sepanyol untuk memperkuatkan lagi pasukan.

Ternyata JDT tidak mahu terus dibuai mimpi indah dengan kejayaan musim 2021 apabila melakukan penambahbaikan dalam pasukan supaya dapat memberi saingan sengit pada aksi Liga Juara-Juara AFC serta tiga pertandingan domestik.

Menerusi kenyataan Pengarah Teknikal Alistair Edwards di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan dua pemain baharu akan diumumkan esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pra musim.

“JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan men3ntang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC,” katanya.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan itu mengumumkan kehadiran pemain baharu mereka. Kali ini pemain import berasal dari Argentina Fernando Forestieri selain turut menyambar tonggak Selangor FC Syahmi Safari.

Pada aksi Liga Juara-Juara AFC, JDT diundi dalam kumpulan I bersama Juara Liga Jepun (Liga J), Kawasaki Frontale, pasukan tangga ketiga Liga Super China, Guangzhou FC dan pemenang aksi ‘play-off’ antara kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai ataupun wakil Thailand, Port FC.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan tampil di peringkat kumpulan saingan tertinggi Asia itu untuk empat musim berturut-turut sejak 2019.

Namun dalam tiga penampilan disertai sebelum ini, kempen mereka berakhir setakat di peringkat kumpulan.

sumber:- HM

Bagi musim 2021, skuad bimbingan Benjamin Mora itu menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan G yang turut dihuni Nagoya Grampus selain naib juara ACL, Pohang Steelers dan Ratchaburi.