Sukan

Saya tak lari – Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin akan menjawab beberapa isu pada Jumaat ini termasuk krit!kan susulan kegagalan skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

Hamidin menyatakan demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah Ibu Pejabat FAM di sini, hari ini.

Saya sebenarnya nak jawab pada Jumaat. Saya tak perlu dipuji, saya sayangkan bola sepak, katanya ketika ditanya adakah permbinaan Ibu Pejabat FAM yang baharu itu menjadi satu mercu tanda di bawah pentadbirannya.

“Saya tahu apa yang saya buat, Insya-Allah, Jumaat saya jelaskan, nanti semua datang. Saya tak lari, saya ada keluarga, saya baru semalam potong gelang kuarantin. Saya sedia menjawab pada Jumaat. Tapi ada kenyataan yang saya sudah keluarkan, saya tak akan jawab lagi,” katanya.

Antara beberapa isu yang masih lagi belum berakhir adalah mengenai kegagalan skuad kebangsaan dalam kempen Piala Suzuki AFF 2020 dengan penyokong masih menunggu keputusan bedah siasat mengenai kegagalan itu.

Malah, ada juga segelintir penyokong yang mendesak Hamidin meninggalkan kerusi nombor satu badan induk itu sebagai bertanggungjawab atas kegagalan skuad Harimau Malaya.

sumber : BH

Perkembangan mengenai pengambilan jurulatih baharu skuad kebangsaan juga masih lagi menjadi persoalan dalam kalangan peminat susulan peletakan jawatan oleh Tan Cheng Hoe, sebelum ini.