Sukan

Dapat sumbangan RM10 juta

Khabar gembira buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan RM10 juta kepada badan induk bola sepak negara itu.

Ismail Sabri menerusi ucapannya berkata, sumbangan itu mencerminkan sokongan kerajaan kepada pembangunan bola sepak negara.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi membantu perkembangan mutu bola sepak negara.

Peta Hala Tuju atau F:30 yang dilancarkan pada 2018 pula adalah simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan menyeluruh ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bola sepak yang disegani.

sumber:- HM

“Sasaran utama F:30 adalah menjadikan pasukan negara antara lima yang terbaik di Asia menjelang 2030. Bagi menunjukkan sokongan kerajaan kepada pembangunan bola sepak negara, saya mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan sebanyak RM10 juta kepada FAM, tahun ini,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM, di Presint 5, di sini, hari ini.