Sukan

Sah import terbaharu pasukan

Penjaga gol kebangsaan Mali, Mamadou Samassa sah menyarung jersi Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sumber kelab itu mengesahkan bahawa pemain berusia 32 tahun itu sudah tiba di negara ini dan sedang menjalani kuarant!n.

Memang benar Samassa sudah tiba di negara ini dua hari lalu dan kini dalam tempoh kuarant!n sebelum bersama rakan sepasukan menjalani latihan.

Kehadiran Samassa diharap membantu pasukan Sri Pahang dengan pengalaman yang dimiliki di pentas antarabangsa, kata sumber itu.

Dengan kehadiran Samassa yang memiliki ketinggian 1.97 meter itu, skuad kendalian Christophe Gamel menyenaraikan empat penjaga gol bagi mengharungi saingan Liga M musim 2022.

Tiga penjaga gol tempatan ialah Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin, Daniel Wafiuddin Sa’dun dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi.

Samassa akan diletakkan sebagai penjaga gol utama bagi menggantikan bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza Elias yang tidak dilanjutkan kontrak.

Pengesahan Samassa itu juga menyaksikan saingan Liga M menyenaraikan dua penjaga gol import, masing-masing Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur City FC.

sumber:- HM

Setakat ini, dua pemain import yang secara rasmi menyarung jersi skuad Tok Gajah ialah striker import dari Jordan, Mahmoud Za’tara dan pemain pertahanan dari Perancis, Johan Martial.