Sukan

Import baharu JDT pecah rekod

Ayam tambatan baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri kini adalah tonggak termahal Liga Malaysia (Liga M) musim ini selain turut dinobatkan sebagai pemain pada ranking nombor satu dalam saingan liga tempatan yang dikeluarkan transfermarkt.com.

Menerusi semakan di laman web antarabangsa, berdasarkan nilai pasaran semasa Forestieri yang kini berusia 31 tahun itu adalah pada 900,000 euro atau bersamaan dengan RM4.3 juta untuk meninggalkan jauh pemain-pemain lain dalam Liga M.

Transfermarkt yang sentiasa menjadi rujukan ejen pemain untuk mengetahui nilai semasa pemain di seluruh dunia turut meletakkan bekas striker kelab Serie A, Udinese dan Sheffield Wednesday di Liga Kejuaraan Inggeris itu kedudukan pertama sebagai pemain Liga M yang didaftarkan musim ini.

Malah, rakan segandingan Bergson da Silva di bahagian s3rangan JDT itu turut diletakkan pada ranking ke-272 dikalangan ribuan pemain Itali yang diketahui melahirkan ramai pemain terbaik dunia di negara itu biarpun sebenarnya Argentina adalah negara kelahirannya.

Arena Metro yang melakukan tinjauan di beberapa saluran YouTube bagi melihat permainannya, nyata aksinya cukup mengagumkan terutama dengan kebolehannya menjaringkan gol dalam banyak situasi.

Forestieri bukan saja memiliki kepantasan dan rembatan yang padu, malah dia mampu meledak gol menerusi tandukan selain kerap menggegar gawang lawan menerusi sepakan percuma serta mampu mel3dak gol di sudut-sudut yang sempit.

Maka tidak hairan jika striker yang pernah mencecah nilai sehingga 7 juta euro (RM33 juta) pada 2018 itu menerima gaji paling tinggi di Liga M dengan kemungkinan anggaran sebanyak AS$1 juta semusim atau bersamaan RM4 juta.

Menurut Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, itu hanyalah anggaran biasa berdasarkan kepada tanda harga Forestieri di transfermarkt, namun kemungkinan besar jumlah itu lebih rendah daripada itu.

Mungkin boleh cecah AS$1 juta gajinya untuk setahun di JDT. Tetapi itu hanyalah anggaran saja, mungkin nilai itu kurang lagi kerana banyak faktor lain.

“Kalau ikut pada gaya permainannya ramai kata macam bekas pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz. Saya lihat s3rangan JDT akan lebih t@jam dan senang-senang dia (Forestieri) boleh atasi pertahanan di Liga M,” katanya kepada Arena Metro.

sumber:- HM

Untuk rekod, walaupun banyak beraksi di Itali dengan kelab Seria A namun kemuncak prestasinya adalah ketika bersama Sheffield Wednesday dari 2015-2020 dengan meledak 40 gol dalam 128 penampilan buat kelab Inggeris itu.