Sukan

Nilai saya RM4 juta ke — Zii Jia

Berikutan desas-desus kedudukan empat jurulatih di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ibarat telur di hujung tanduk, Lee Zii Jia tetap positif di sebalik sebarang keputusan drastik badan induk itu.

Ketika ini, BAM sedang membuat penilaian prestasi musim lalu dan difahamkan kedudukan empat jurulatih membabitkan dua muka import dan dua tempatan dalam keadaan b@haya.

Dua daripadanya berstatus jurulatih sementara dua lagi adalah pembantu jurulatih yang membabitkan tiga bahagian kem badminton.

Sebagai pemain, kami tidak boleh banyak campur tangan dalam urusan ini.”Segala keputusan terletak kepada pengurusan BAM,” katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Perseorangan lelaki negara itu turut berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, bahawa dia mahu berusaha melonjak ke kedudukan lima terbaik dunia musim ini.

Juara Seluruh England 2021 itu sedang gigih dalam usaha mempersiapkan diri sebelum membuka tirai aksi musim ini menerusi Kejohanan Berpasukan Asia, bulan depan.

“Sasaran saya ialah buru kedudukan lima terbaik dunia dan menjadi tekal pada tahun ini.
“Kejohanan Asia juga menjadi sasaran saya, matlamat utama saya ketika ini ialah agar dapat kekalkan prestasi terbaik,” katanya lagi.

sumber:- astro

Dia turut mengulas mengenai spekulasi beralih kepada profesional dengan meninggalkan BAM.
“Awak rasa nilai saya berapa, ada sampai RM4 juta?.”Saya terima (gaji) sebanyak RM8,000 sahaja.”