Melaka United yang diselubungi isu gaji memilih untuk bermain teka teki mengenai barisan pemain musim depan menjelang pembukaan musim kali ini.

Pihak pengurusan masih mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai perkembangan pasukan itu tatkala pasukan lain sudah menghampiri proses terakhir menjelang tarikh akhir pendaftaran pada 22 Januari ini.

Difahamkan, kelab dari selatan itu belum memperbaharui kontrak pemain musim lalu seramai 16 muka tempatan termasuk dua tonggak import, Sony Norde dan Adriano Narcizo, selain persiapan kelibat pengendali musim ini masih menjadi tanda tanya biarpun Zainal Abidin Hassan membawa pasukan ke separuh akhir Piala Malaysia 2021.

Dalam masa sama, beberapa pemain tempatan dan bintang import baru sudah diikat.

Buat bekas penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, pula, yang berhijrah ke Sabah bagi musim 2022 tetapi gajinya di Melaka masih sangkut tiga bulan.

Malah, hingga ke saat ini pemain kebangsaan itu masih tertunggu-tunggu apakah perkembangan terkini daripada pihak pengurusan yang nampaknya lebih selesa berdiam diri.

Selepas perkara ini didedahkan, saya belum dapat panggilan. Sesetengah pemain cuba mendapatkan pengurusan (Melaka).

sumber:- SA

“Setakat ini Mereka hanya beritahu ia akan dibayar secepat mungkin,” kata pemain kebangsaan itu.