Sukan

Harry Maguire akui

Harry Maguire mengakui Manchester United layak dikritik di atas prestasi kurang memberangsangkan musim ini namun menepis khabar angin bahawa wujud suasana tidak harmoni di bilik persalinan.

Ralf Rangnick melalui kekalahan pertamanya selaku pengendali sementara ketika men3ntang Wolves minggu lalu, dengan diikuti laporan wujudnya pergolakan dalaman.

Maguire berkata, United yang menduduki tangga ketujuh di Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu bangkit apabila mereka akan berdepan Aston Villa di pusingan ketiga Piala FA Selasa ini.

Saya melihat banyak kritikan dan banyak yang benar-benar wajar, tetapi bagi saya, pasukan ini tidak sepatutnya memerlukan kritikan untuk memotivasikan pemain.

Kita semua perlu memikul tanggungjawab besar, saya sebagai kapten sama seperti yang lain.

“Kami perlu mula bermain dengan baik dan menang. Pasukan ini menduduki tempat kedua tahun lalu dan kami mempunyai skuad yang lebih baik dan lebih besar tahun ini, jadi kami perlu menunjukkan sikap yang betul,” katanya.

sumber:- HM

Maguire menyangkal wujudnya suasana tidak harmoni dalam kalangan pemain tetapi mengakui sukar untuk memastikan semua pemain gembira.