Sukan

Ronaldo sudah adakan perbincangan

Cristiano Ronaldo sudah mengadakan perbincangan bersama ejennya, Jorge Mendes mengenai krisis di Manchester United dan masa depannya di Old Trafford.

Mendes terbang ke United Kingdom untuk menyelesaikan kebimbangan Ronaldo dengan perpindahan impiannya kembali ke Old Trafford berada dalam b@haya dan boleh berakhir dengan kemvsnahan.

Ronaldo mel3dak 14 daripada 29 gol United dalam semua pertandingan musim ini.

Namun, difahamkan bintang Portugal itu kecewa dengan prestasi United.

Bekas bintang Real Madrid itu juga kecewa dengan taktik dan gaya bola sepak pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Sumber rapat dengan Ronaldo mendedahkan: Cristiano sangat prihatin dengan apa yang berlaku di United.

Pasukan ini menerima banyak kritikan dan dia tahu bahawa dia dianggap sebagai salah seorang pemimpin.

Terdapat banyak masalah, Cristiano merasai tekanan dan sangat tertekan dengan situasi itu.

“Dia mahu perpindahannya ke United berjaya, tetapi dia mula menyedari bahawa memenangi trofi dengan situasi semasa menjadi pergelutan yang sebenar.

sumber:- BH

“Jorge datang menemuinya dan mereka meluangkan masa berbual mengenai bagaimana keadaan itu berlaku, memikirkan mengenai masalah, bagaimana ia boleh diselesaikan dan apakah penyelesaiannya,” kata sumber berkenaan. – AGENSI