Sukan

Cadangan FIFA tidak tepat untuk Malaysia

Setiausaha Agung Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, berasakan tiga pusingan untuk satu saingan liga dalam semusim bukan keperluan untuk membentuk pemain berkualiti terutama mencabar di peringkat antarabangsa.

Apa yang perlu dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), ialah meneliti terlebih dahulu laporan dan saranan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sama ada ia bersesuaian dengan keperluan pasukan di Asia atau ia hanya merujuk kepada modul dari Eropah semata-mata.

Untuk hanya meningkatkan jumlah perlawanan tanpa mengambil kira kualiti perlawanan pun adalah satu perkara salah.

Cotohnya pemain kebangsaan, adakah mereka akan bermain dalam semua perlawanan — Piala FA dan Piala Malaysia.

“Pengarah teknikal AFC biasanya mengatakan seseorang pemain itu perlu bermain lebih kurang 40 perlawanan untuk berada di tahap tertinggi bagi beraksi dalam pasukan kebangsaan,” katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Ia secara tidak langsung menyangkal sasaran Pengarah Teknikal AFC, Andy Roxpurg, yang mengganggap 40 aksi kompetitif adalah ideal demi keperluan pemain kebangsaan.

Justeru, Windsor mencadangkan sesuatu liga itu haruslah diadakan sesuai dengan kancah tempatan.
Untuk hanya meningkatkan jumlah perlawanan sahaja tanpa mengambil kira tahap kompetitif pun tidak berguna, cuma tambah pemain dan perlawanan.

“Jadi mereka perlu mencari maklumat sebelum buat keputusan — tentang maklumatnya dan siapakah yang memberinya,” katanya.

sumber:- SA

“Ia mungkin cadangan yang diberikan oleh pakar-pakar AFC tapi itu tidak perlu.
“Kita sudah masak dengan (kancah) Malaysia jadi kita kena ikut resepi sendiri.”