Sukan

Pemain muda pemangkin kejayaan Malaysia

Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan berpendapat orang Malaysia mahukan kejayaan sekelip mata sedangkan hakikatnya tumpuan perlu diberikan kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi demi kejayaan jangka panjang.

Justeru, bekas pengendali kebangsaan itu menjelaskan persoalan utama ketika ini – adakah bakal pengganti Tan Cheng Hoe mampu membuat ‘magis’?

Bagi saya, jurulatih tempatan atau luar negara jika dalam waktu terdekat ini, tiada buruk dan tiada juga baiknya. Kita pernah ambil jurulatih luar sebelum ini tetapi gagal dan kita t3ndang dia juga, desak dia berhenti.

“Sama saja bagi saya, kalau jurulatih luar negara atau tempatan sekalipun jika pemainnya adalah muka itu juga, pasti Malaysia akan ulangi perkara sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Cheng Hoe yang meletak jawatan selaku jurulatih skuad Harimau Malaya, Isnin lalu.

Menurut Wan Jamak, beliau bukan memihak pada jurulatih mahupun menyalahkan pemain tetapi generasi akar umbi perlu ditekankan untuk kejayaan jangka panjang.

“Buat masa ini, siapa sahaja yang turun naik, letak jawatan pun tiada banyak beza. Namun langkah yang diambil Cheng Hoe adalah berani, saya juga pernah alami situasi yang sama.

Menjadi adat dan ia berlaku di mana negara sekalipun jika pasukan gagal jurulatih akan meletak jawatan. Cuma diharap penggantinya kali ini mampu membuat perubahan.

sumber:- HM

“Bukan sahaja sekarang tetapi untuk kejayaan jangka masa panjang dengan dibantu semua pihak,” katanya.