Sukan

Nasihat Kim Swee kepada penyokong, atas pelantikan baharu

PEMINAT dan penyokong bola sepak tanah air diminta ‘memberi masa’ kepada Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Scott O’Donell menjalankan tugasnya.

Bekas Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata, O’Donell perlu diberi masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum pengendali kelahiran Australia itu mampu menjelmakan kejayaan kepada bola sepak Malaysia.

Menurutnya, banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan O’Donell ketika ini termasuklah dalam menentukan hala tuju bola sepak negara menerusi pelan strategik F:30 yang diperkenalkan pada 31 Oktober 2018.

Kita perlu bagi beliau masa dan jangan harap dalam tempoh enam bulan atau setahun daripada sekarang, beliau mampu untuk memberi kejayaan kepada bola sepak Malaysia.

“Pengarah teknikal perlu diberi masa sekurang-kurangnya dua tahun kerana banyak perkara yang perlu dilakukan, antaranya menentukan hala tuju bola sepak negara selain merangka program-program yang diinginkan.

“Harus diingat skop kerja pengarah teknikal bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan bola sepak semata-mata. Banyak cabang yang perlu diperhalusi termasuk bola sepak pantai dan juga futsal,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Pada Rabu, O’Donell yang juga bekas pemain import Kuala Lumpur secara rasmi diperkenalkan sebagai Pengarah Teknikal FAM yang baharu dengan kontrak selama tiga tahun.

sumber : SH

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan O’Donell yang berpendapat Harimau Malaya perlu dibimbing jurulatih asing selepas peletakan jawatan Tan Cheng Hoe pada Isnin lalu, Kim Swee mempunyai pandangan tersendiri.