Pengurusan Melaka United (MU) mengucapkan terima kasih kepada 11 pemainnya yang tidak lagi bersama pasukan terbabit dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Antara pemain terbabit termasuk dua import Manuel Ott dan Giovane da Silva yang cemerlang menyumbang kudrat buat skuad berkenaan ke pentas separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
Pemain lain ialah dua penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Solehin Mamat selain S Kumaahran, Khairul Helmi Johari, Gary Steven Robbat, Jasmir Mehat, Farid Azmi, Amirul Hamer dan Shyamierul Razmee Jasmi.
“Terima kasih di atas segala sumbangan, keringat serta pengorbanan yang dicurahkan sepanjang menyarung jersi skuad Hang Tuah. Semoga terus maju dan berjaya dalam karier bola sepak bersama pasukan baharu pada masa hadapan, daripada kami di Melaka United FC,” kata pengurusan skuad di laman Facebook rasmi kelab berkenaan.
Melaka United juga mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih Khairul Fahmi Che Mat (Apek) yang menyertai pasukan itu selama empat musim.
“Jasa dan peng0rbanan anda sepanjang mewakili serta mengawal gawang MU akan kami kenang selamanya. Selamat berjaya bersama pasukan baharu dan sehingga bertemu lagi Apek, daripada kami keluarga Melaka United FC.”
Khairul Fahmi dengan berat hati memaklumkan bahawa masanya bersama MU telahpun berakhir untuk tahun 2021.
“Melaka ibarat rumah kedua saya selepas Kelantan, pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Melaka United FC dan FA kerana menerima saya sebagai pemain mereka selama 4 tahun bersama mereka.
sumber:- HM
“Banyak kenangan manis dan pahit bersama terutama dengan rakan-rakan sepasukan yang baik di dalam dan di luar padang. Setiap perjalanan ada penghujungnya tetapi ini bukan penamat bagi saya bersama Melaka United. Kepada semua penyokong, daripada lubuk hati saya, jutaan terima kasih kerana menyokong saya selama ini dan saya benar-benar memohon maaf kerana tiada pencapaian membanggakan yang dapat saya hadiahkan,” katanya.