Sukan

Ronaldo bedal United

Cristiano Ronaldo menggunakan media sosial untuk meraikan kehadiran 2022 dan menyiarkan foto keluarganya pada hari tahun baharu.

Bintang Portugal itu menulis mesej ringkas mengenai karier tahun lalu tetapi agak kritikal terhadap kelabnya sekarang, Manchester United.

“2021 telah berlalu dan ia bukan tahun yang mudah walaupun saya menjaringkan 47 gol dalam semua kejohanan,” kata Ronaldo di Instagram.

Dua kelab berbeza dan lima jurulatih berlainan. Satu final Euro bersama skuad kebangsaan dan tinggal satu lagi kelayakan Piala Dunia untuk 2022.

Di Juventus, saya bangga juarai Piala Itali dan Piala Super Itali selain muncul penjaring terbanyak Serie A.

“Di Portugal, menjadi penjaring terbanyak Euro juga antara pencapaian hebat dan sudah tentu kepulangan ke Old Trafford juga detik indah dalam karier saya.”

Striker Manchester United itu meneruskan mesejnya dengan nada agak keras kepada rakan sepasukan.

“Tetapi saya tidak gembira dengan apa yang kami capai di Manchester United,” tambahnya. “Tiada siapa gembira. Saya yakin. Kami tahu kami perlu bekerja lebih keras dan beraksi lebih baik.”

sumber:- BH

United mara ke peringkat kalah mat! Liga Juara-Juara tetapi kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana, situasi yang pastinya akan diperbaiki oleh Ronaldo dan rakan pasukan untuk beberapa bulan akan datang.