Sukan

Saya tidak berpuas hati

Walaupun bakal berdepan laluan getir dan jadual padat tonggak bawah 23 (B-23), Harith Haikal Adam Afkar tidak sabar untuk menempuhinya sekali gus mengekalkan momentum kempen Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, Oktober lalu.

Menurut pemain Selangor itu, dia sudah mempersiapkan diri dari segi kekuatan mental untuk mengharungi jadual padat bersama rakan sepasukan lain bagi menghadapi Piala AFF di Kemboja pada Februari ini, Sukan Sea Vietnam, Piala Asia B-23 di Uzbekistan dan Sukan Asia di China.

“Saya sudah menerapkan fokus untuk berdepan beberapa kejohanan besar tahun ini, dalam masa sama turut memberi fokus kepada Selangor untuk aksi di Liga Malaysia (Liga M),” katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Ujar pemain pertahanan itu, pencapaian untuk B-23 tahun lalu agak baik buatnya selepas berjaya muncul juara kumpulan di Mongolia namun dia tidak berpuas hati kerana gagal membantu Selangor meraih sekurang-kurangnya satu trofi.

Saya tidak berpuas hati kerana tidak meraih sebarang kejayaan dengan Selangor tahun lalu, jadi azam baru, tahun baru saya harap dapat kerap bermain walaupun tahu bakal berdepan kesukaran untuk bersaing dengan pemain senior dan import.

“Saya cuba untuk bersaing dengan mereka, berlawan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Saya tidak mahu membiarkan mereka melakukan kerja mudah,” kata Harith Haikal.

Ditanya saingan mana yang membuatkan dia tidak sabar untuk beraksi, pemain berusia 19 tahun itu mengakui Piala Asia B-23 menjadi fokus utamanya kerana Malaysia bakal berdepan dengan beberapa pasukan gergasi serantau.

Bagi saya, semua kejohanan saya mahu beraksi namun sasaran utama ialah Piala Asia B-23, saya sudah bersedia untuk berdepan laluan yang dijangka tidak mudah.

sumber:- HM

“Saya perlu mempersiapkan diri dari segi mental untuk menyertai setiap kejohanan. Apabila sudah diumumkan tarikh menyambung latihan saya dan rakan-rakan sudah pasti berada dalam keadaan dan suasana sama serta bermain bermat!-mat!an,” katanya.