Perancang tengah Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya, menetapkan misi untuk mewakili Harimau Malaya apabila namanya tidak pernah dipanggil ke skuad kebangsaan walaupun muncul pemain terbaik final Piala Malaysia 2021.
Zhafri berharap diberi peluang oleh barisan kejurulatihan untuk membuktikan kemampuannya di pentas antarabangsa.
Dia antara pemain tempatan yang menyerlah dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu apabila sering menjadi watak utama dalam beberapa aksi penting melibatkan The City Boys, pemain berumur 27 tahun itu bagaimanapun masih gagal menambat hati pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
“Saya berharap ada peluang untuk saya pada tahun depan, saya telah tunjukkan aksi (cemerlang), kepada diri sendiri dan pasukan,” katanya.
Kelibat Zhafri wajar diberi pertimbangan ke kem latihan pusat skuad kebangsaan sebagai pilihan di bahagian tengah.
Pemain paling lama berhidmat dengan skuad Warga Kota itu mahu terus meningkatkan prestasi di peringkat kelab.
“Saya ada niat untuk berhijrah, tapi tahun ini saya nampak KL City bukan sebuah pasukan yang boleh dijangkakan, banyak perubahan dibuat.
sumber : SA
“Saya pernah mendapat tawaran daripada empat pasukan besar dan KL City merupakan yang terawal.
“Jadi tidak susah untuk saya membuat keputusan.”