Sukan

Rezeki saya bersama TFC

Musim 2021 boleh disifatkan tahun suram buat striker Terengganu FC (TFC), Muhammad Arif Mohamed Anwar.

Selain persaingan hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan, bekas striker UiTM FC musim lalu itu bergelut dengan kec3deraan lutut sehingga memaksanya berehat panjang.

Namun musim 2022 yang bakal membuka tirainya pada Sabtu ini, pemain kelahiran Gombak berusia 26 tahun itu tekad mahu buka buku baharu terutama bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain yang memulakan kariernya bersama pasukan Harimau Muda B pada 2015 itu turut berazam untuk kembali bergelar p3ledak sebagaimana ketika beraksi bersama dengan skuad The Lions Troops sebelum ini.

Saya akui prestasi musim ini agak suram, selain perlu bersaing dengan pemain lain, saya juga bergelut dengan kec3deraan lutut yang memaksa saya berehat panjang.

Sepanjang musim lalu, saya hanya beraksi pada pusingan pertama dalam tujuh perlawanan sahaja dan gagal mel3dak sebarang gol bersama pasukan.

Situasi ini sudah tentu tidak memuaskan hati kerana gagal membantu pasukan semaksimum mungkin pada setiap perlawanan kerana masalah kec3deraan.

Bagaimanapun walaupun gagal memberikan sepenuh tenaga pada musim ini, rezeki saya masih bersama pasukan TFC musim depan, lebih-lebih lagi saya tidak ditawarkan kontrak oleh mana-mana pasukan lain sama ada dalam Liga Super ataupun Liga Perdana.

“Jadi saya tekad untuk membvru tempat dalam kesebelasan utama bagi membantu pasukan memperbaiki kedudukan lebih baik berbanding musim ini,” kata bekas pemain kebangsaan Bawah-23 (B-23) itu ketika dihubungi.

sumber:- HM

Selain UiTM dan TFC, pemain meningkat naik berketinggian 1.71 meter itu pernah menyarung jersi pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dan Petaling Jaya Rangers.