Sukan

Sah sertai Sri Pahang FC

Sri Pahang FC mengesahkan abang Anthony Martial iaitu Johan Martial bakal menyarung jersi skuad itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menurut sumber pasukan itu, pemain pertahanan berumur 30 tahun itu dalam perjalanan ke negara ini sebelum menyertai sesi latihan skuad Tok Gajah.

Saya sahkan bahawa pemain berasal dari Perancis ini dalam perjalanan ke negara ini untuk bersama Sri Pahang musim 2022.

Buat masa ini hanya itu yang boleh saya maklumkan termasuk kehadiran pemain import lain yang bakal menyertai kelab ini.

“Saya harap peminat bola sepak Sri Pahang bersabar kerana pengumuman rasmi pemain Sri Pahang musim 2022 akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, sp3kulasi mengenai abang kepada bintang Manchester United itu bakal menyertai kelab dari Pantai Timur berkenaan musim depan tercetus berdasarkan semakan di laman sesawang Transfermarkt yang mengesahkan dia akan menyertai kelab dari Pantai Timur itu musim depan.

Johan yang beraksi di posisi pertahanan tengah pernah beraksi bersama kelab Sochaux sebelum dilepaskan pasukan Ligue 2 itu.

Kebanyakan kariernya dihabiskan di Perancis iaitu bersama Bastia, Stade Brestois dan Troyes.

sumber:- BH

Dia juga pernah berkelana ke Israel bersama M Petah Tikva dan FC Ashdod serta di Greece mewakili Panetolikos.