Sukan

Adik akan balas untuk Abang

Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara berpeluang membalas dendam kekalahan ‘abang’ mereka kepada Indonesia apabila diundi bersama juara bertahan itu dalam Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2020 di Kemboja, Februari depan.

Menerusi majlis undian yang berlangsung secara dalam talian hari ini, Indonesia dan Malaysia akan disertai Myanmar dan Laos dalam Kumpulan B.

Kumpulan A pula menampilkan Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei sementara saingan sengit akan disaksikan dalam Kumpulan C menerusi penyertaan naib juara 2019, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Sebagai rekod, ini adalah tugasan sulung buat bimbingan Brad Maloney sebelum berdepan tiga lagi kejohanan besar yang akan berlangsung pada tahun depan.

Selepas kejohanan peringkat AFF pada Februari itu, mereka akan berentap pada Sukan SEA di Vietnam pada Mei disusuli Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun.

Skuad B-23 juga akan mewakili negara pada Sukan Asia di Hangzhou yang akan berlangsung pada September.

sumber: BH

Terdahulu, skuad ‘abang’ kendalian Tan Cheng Hoe tewas 1-4 kepada Indonesia pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala AFF 2020 di Singapura sekali tersingkir daripada saingan.