Sukan

Apa Nasib Indra Putra

Striker veteran, Indra Putra Mahyuddin masih tunggu tawaran Kuala Lumpur City FC, pemain berusia 40 tahun itu belum terfikir untuk bersara malah berasakan dirinya masih relevan untuk bersaing musim depan.

Melewati musim terbaik bersama KL City, Indra mengakui pilihan utamanya ketika ini masih lagi skuad kendalian Bojan Hodak itu. Perbincangan di antara pihak Indra dan KL City masih berlangsung walaupun majoriti pemain KL city sudah menempa slot bersama skuad untuk persediaan musim depan.

“Buat masa ini, saya masih lagi keputusan daripada KL City dan berharap untuk terus bermain bersama kelab ini,” kata Indra.Andai tiada jodoh Indra bersama KL City, gantung but bukan pilihan kedua untuknya.

sumber:- SA

Malah pemain berpengalaman itu yakin ada pasukan perlu khidmatnya andai dia tidak lagi terikat dengan KL City.”Saya tidak memiliki sebarang niat untuk bersara buat masa ini, tahap fizikal saya masih di tahap terbaik dan mahu terus bersaing di pentas utama Liga Malaysia.”