Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) mengambil perhatian serius mengenai kenyataan disiarkan sebuah akhbar tempatan semalam yang melaporkan mereka mengiktiraf 14 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Dalam satu kenyataan hari ini, PSJ berkata, kenyataan mendakwa pihaknya sudah membuat keputusan pemecatan 12 ahli gabungan persatuan itu tidak sah kerana gagal mematuhi perlembagaan dan mengiktiraf Kongres Luar Biasa PAFA anjuran 14 ahli gabungan pada Ahad lalu sebagai tidak tepat.

Sehingga kini, PJS masih belum menerima sebarang laporan mengenai kongres yang diadakan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dalam menentusah atau mengiktiraf mana-mana pihak dalam menerajui PAFA.

“Adalah wajar PJS meneliti terlebih dahulu laporan berkenaan dan membuat semakan sebelum membuat sebarang keputusan,” kata kenyataan itu.

“Namun disahkan PJS sudah menerima kunjungan daripada Persatuan Bolasepak Melayu Perak pada 9 Disember 2021 mewakili ahli gabungan PAFA, bagi membuat aduan mengenai pemecatan ahli gabungan yang didakwa dibuat tidak mematuhi Perlembagaan.

Dalam hal ini, PJS sudah mengadakan perjumpaan dengan pihak berkaitan pada 20 Disember 2021 bagi mendapatkan penjelasan dan dokumen sokongan bagi menentusahkan dakwaan yang dibuat.

sumber:- BH

“Adalah disarankan supaya mana-mana pihak bertelagah tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan dan merujuk kepada Pejabat ini bagi mendapatkan maklumat yang tepat.”