Sukan

Pertahanan kental kata tiada yang Mustahil

Bakal memasuki empat musim berturut-turut bersama Melaka United FC, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman jelas lebih bernafsv untuk terus membawa pasukan itu berada pada prestasi lebih baik dalam Liga Malaysia (Liga M) 2022.

Justeru, pertahanan kanan itu meletakkan sasaran untuk meletakkan skuad Hang Tuah berada dalam kalangan empat pasukan terbaik Liga Super selain mencatat keputusan lebih memberangsangkan dalam Piala Malaysia dan Piala FA.

Dengan apa kami lakukan pada musim ini apabila berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia, saya rasa pasukan ini boleh melangkah jauh.

Kami harap boleh terus konsisten pada musim depan khususnya dalam Liga Super dengan berada dalam kalangan empat terbaik dan mampu melakar sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan peminat-peminat Melaka.

“Tiada apa yang mustahil jika kami boleh mengulangi prestasi di Piala Malaysia di mana kami tidak tewas dalam semua perlawanan kecuali di tangan KL City FC menerusi sepakan penalti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pertahanan berusia 29 tahun itu mengakui selesa untuk meneruskan kariernya bersama Melaka sekali gus sudah menganggap pasukan itu sebagai rumah keduanya.

“Saya gembira untuk kekal bersama pasukan pada musim depan dan kalau boleh, saya tidak mahu ke mana-mana kerana saya serta keluarga kian selesa di sini.

Walaupun berdepan beberapa masalah, saya tetap sayangkan Melaka kerana semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan pemain.

sumber:- BH

“Sememangnya dalam soal rezeki ini kita boleh merancang namun jika diberi pilihan, saya harap dapat bermain di Melaka sehingga penghujung karier,” katanya.