Bekas bintang Perak FC dan Selangor FC, Nurridzuan Abu Hassan, meletakkan harapan tinggi untuk membuat kemunculan semula dalam kancah bola sepak tempatan tahun depan.
Ia selepas bekas tonggak Harimau Muda itu terpaksa menolak beberapa tawaran sepanjang tahun ini bagi menumpukan sepenuhnya terhadap pemulihan kec3deraan lutut selepas menjalani pemb3dahanĀ (ACL).
Ditanya mengenai perkembangan terkininya, pemain berusia 29 tahun itu berkata kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam: “Saya kini sedang menjalani pemvlihan di ISN (Institut Sukan Negara).
“Bagi saya, tempoh masanya tidak penting selagi kaki saya dapat berada dalam keadaan 100 peratus untuk turun bermain di atas padang.
Saya menjangkakan dapat bermain semula pada tahun depan.
“Untuk kembali bermain tahun depan, mental saya perlu kuat.”Kerana saya pernah mengalami kec3deraan ACL pertama, jadi saya mengetahui saat sukar yang perlu saya hadapi tetapi mental saya perlu kekal kuat sehingga ia pvlih.
Dalam jendela perpindahan kedua tahun ini, ada sebuah pasukan memberikan saya tawaran tetapi saya terpaksa menolaknya kerana saya masih belum dapat menyumbangkan apa-apa.
sumber:- arena
“Lebih baik saya kuatkan kaki saya selama setahun dan Insya-Allah, saya akan buat penampilan semula tahun depan.”Saya tidak meminta apa-apa tetapi Insya-Allah, sekiranya mendapat tawaran yang baik, saya akan menerimanya dan sanggup bermula dari bawah dan memberikan segala-galanya,” katanya.