Sukan

TMJ dedah beberapa perkara — Hairuddin

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), menafikan beliau mahu Bojan Hodak dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Perkara itu ditegaskannya menerusi laman Story Instagram miliknya bagi mengulas kenyataan bekas pemain kebangsaan Hairuddin Omar di laman Facebook miliknya yang mengatakan Tungku Ismail pernah mengatakan Bojan menjadi pilihannya untuk menjadi ketua jurulatih sekiranya diberikan peluang menguruskan pasukan negara.

Malah Tunku Ismail menerusi laman Story Instagram berkenaan menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk mencampuri urusan pengurusan skuad kebangsaan yang ketika ini hebat dikritik peminat tempatan ekoran kegagalan di saingan Piala Suzuki AFF 2020.

Tidak benar! Saya tiada kena mengena dengan pasukan kebangsaan dan tiada pendapat.

“Buat masa ini keutamaan dan tumpuan saya adalah membantu mangsa banjir dan membuat persiapan jikalau Johor banjir. Terima kasih,” katanya di Story Instagram miliknya.

Terdahulu, Hairuddin berkongsi di laman sosial satu cerita ketika menghadap Tunku Ismail dan bertanyakan mengenai jurulatih mana yang menjadi pilihannya sekiranya menguruskan skuad kebangsaan.

Sebelum itu, bekas striker kebangsaan, Hairuddin Omar menerusi laman Facebooknya mendedahkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah mengatakan bahawa beliau bakal melantik Bojan Hodak selaku jurulatih skuad kebangsaan.

Menurut satu kenyataan di laman sosial Facebook Hairuddin, ketika ditanya berhubung perkara berkenaan, TMJ menjelaskan bahawa keputusan untuk melantik Bojan dibuat kerana merasakan jurulatih berkenaan sesuai berada pada posisi berkenaan (jurulatih).

Suatu waktu dulu,aku pernah borak santai dengan TMJ, aku dah lupa tahun bila. Masa tu aku diberi ruang mengadap TMJ atas urusan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) di Johor Bharu.

Masa tu TMJ baru sahaja gugurkan Bojan Hodak and Nenad Bacina daripada team JDT selepas muncul juara Liga Super buat kali pertama.

Aku tanya beliau, siapa yang Tunku akan sign (tandatangan), jika Tunku berpeluang manage national team (uruskan pasukan kebangsaan).

“Beliau menjawab beliau akan lantik Bojan Hodak sebagai coach national team (jurulatih pasukan kebangsaan). Aku tanya kenapa Bojan sedangkan Tunku sendiri pun buang Bojan daripada coaching team JDT.

Beliau jawab, “Di JDT kami ada philosophy of play (falsafah permainan) dan game play (gaya permainan) Bojan x suit (tidak sesuai) dengan falsafah JDT, tetapi untuk national team (pasukan kebangsaan) beliau merasakan Bojan lebih sesuai kerana ada beberapa perkara yang pada pandangan beliau national team akan berjaya dan meningkat (improve) di bawah kendalian Bojan,” katanya pada laman Facebook berkenaan.

Sementara itu menerusi laman Facebook berkenaan, Hairuddin berkata, Tunku Ismail turut mendedahkan mengenai beberapa perkara yang menjadikan Bojan sesuai menjadi jurulatih skuad kebangsaan.

“Antara perkara yang dimaksudkan ialah Bojan sudah kenal dan tahu kualiti pemain tempatan kita. Bojan juga sudah tahu kualiti pasukan negara-negara serantau.

“Selain itu, Bojan juga sudah faham budaya sosial Malaysia dan Bojan sudah mengetahui bagaimana untuk bermain dan meraih kemenangan menentang pasukan-pasukan serantau (ASEAN),” kata Hairuddin di laman Facebooknya itu lagi.

sumber:- SH

Untuk rekod, Bojan baru saja mengemudi skuad KL City FC muncul juara Piala Malayia 2021 dengan menewaskan JDT 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukti Jalil, 30 November lalu.