Bekas striker kebangsaan, Hairuddin Omar sah perkasa kem kejurulatihan Terengganu FC (TFC) selepas dilantik sebagai penolong jurulatih skuad itu musim depan.

Penolong jurulatih musim ini yang juga bekas pemain kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan juga dikekalkan sebagai penolong jurulatih skuad itu.

Terdahulu Terengganu Football Club ( TFC ) Sdn Bhd mengekalkan ketua jurulatih kelahiran Kelantan, Nafuzi Zain membimbing skuad itu musim depan.

Pelantikan Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai-O menyaksikan tiga jurulatih itu kembali bergabung dalam skuad Penyu itu selepas bergelar pemain skuad Penyu ketika era kegemilangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pengalaman Hai-O sebagai bekas peny3rang berkaliber Asean ketika mewakili skuad kebangsaan mampu memantapkan lagi skuad TFC musim depan.

Kemasukan Hairuddin dalam barisan kejurulatihan TFC dilihat mampu membantu ketua jurulatih membentuk pasukan yang lebih mantap musim depan.

Selain itu ia dapat menambah lagi kualiti daripada pelbagai sudut terutama dalam pengendalian pemain muda kerana beliau (Hairuddin) mempunyai pengalaman dalam mengurus pemain skuad Bawah 19 Tahun negara (B-19) bersama Bojan Hodak.

“Malah ketiga-tiga jurulatih ini (Nafuzi, Hai-O, Tengku Hazman) adalah bekas pemain Terengganu dan mereka sebenarnya sudah lama serasi,” katanya.

Berdasarkan rekod, Hairuddin yang pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) adalah bekas penolong jurulatih Hodak pada 2017 hingga 2019.

sumber : arena metro

Selain menyarung jersi Terengganu, bekas kapten kebangsaan itu yang kini bergelar usahawan sambal bilis ‘DuoBotak’ pernah menjadi pengg3mpur Kelantan, ATM, T-Team, Pahang dan Negeri Sembilan.